Monday, April 20, 2020

Hidup Baru, Azam Baru

Assalamualaikum wrth wbt.

Alhamdulillah , syukur kehadrat Allah SWT dengan izin-Nya masih lagi bernafas di atas dunia ini yang penuh dengan cubaan, ujian dari-Nya untuk jadikan kita ni hamba yang setia pada-Nya.

Ehem

Rasanya dah bertahun tidak mengemaskini blog ini. Hanya mampu share gambar-gambar program yang disertai.

dan Alhamdulillah segala puji bagi Allah, secara tidak rasmi lagi saya bergelar graduan Ijazah Sarjana Muda, Fakulti Pengajian Islam UKM. 3 Tahun bertarung untuk IJAZAH dan 3 tahun untuk DIPLOMA.

Semasa berada di KIPSAS dahulu (kini KUIPSAS) pernah dicemuh sebab sambung diploma. Ada yang kata rugi umur & masa. Pinjam pulak PTPTN. Tapi tak give up pun. Teruskan perjuangan. Mostly, banyak belajar benda baru semasa di kolej ni dan berbekalkan pengalaman dari kolej, dan dibawa ke dunia Universiti yang sebenar.

Alhamdulillah , "bekalan" tersebut sangat berguna :)

Yeayyhh !!


semasa Lawatan ke Gereja Katolik Kuantan

Berada di Universiti, memang kene mental kuat. Bukan setakat fizikal, kene turun naik tangga yang agaknya dalam 200 anak tangga, mental pun kene kuat. Hidup ni kene berdikari dan be yourself.

Pernah juga baca confession junior junior KUIPSAS yang mengatakan di kolej sangat terbatas dan mereka rasa terkongkong. Pendapat diri ini mengatakan, "kongkongan" itu sangat berguna dan digunapakai masa di Universiti. Sangat bermanfaat.

Kak Atikah di dalam blognya atau di muka bukunya selalu share mengenai pengalaman beliau semasa di Kolej. Bila di comparekan beza UNI dengan KOLEJ, Kolej lah paling berharga. Confirm akan rasa rindu pada Kolej.

Serius !


Muke Freshie gitu :P




Wawasan 2020

Assalamualaikum wrth semua

Ya Allah dah berhabuk blog ni ya. Dan berapa tahun.
Alhamdulillah , segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam, masih lagi bernafas di bumi yang fana ini.

Alhamdulillah !!

Saja ingin kongsikan pengalaman hidup bersama yang tersayang.
Dahulunya blog ini nak share pengalaman masa belajar, sekarang dah bertukar status jadi ISTERI dan juga IBU.

ini kesayangan hamba. 2 hero

Ini anak sulung saya, ayahnya namakan beliau MUHAMMAD.
Pendek je kan? Senang cikgu nak panggil. hehe

Alhamdulillah, tahun ini 2020 Muhammad dah 2 tahun. Alhamdulillah membesar dengan baik dan soleh sangat sangat Haha. 
Muka? mestilah muka ibunya kan, putih dan comel hahaha.
Muhammad lahir di Selangor, masa tu bermastautin di Bangi. Kira ni geng ayahnya ye la.
Ini kira first posting nak cerita mengenai Muhammad. Nak menulis tapi masa tu tak mengizinkan.

Ayahnya juga penulis blog zaman muda mudi dulu, tapi ayat dia power la tak boleh lawan.
Tapi sekarang bila di ajak kembali aktif berblog, katanya takpa lah, itu dulu. Hahaha
Yela blog ayahnya jiwang sikit , puitis ayatnya hehe. 

Apa apa pun doakan kami sekeluarga dipayungi Rahmat dan keluarga bahagia hingga ke syurga. Dan doakan juga ADIK Muhammad yang bakal lahir tak lama lagi.

Nanti kita cerita lagi ya ! 


Sekian.

Tulus Mulus,
21/4/2020
3.33 am


Monday, January 12, 2015

Solat Istikharah . Untuk jodoh je ke ?

Assalamualaikum wbt wrth

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi dengan limpah kurnia-Nya dapat juga meluangkan masa untuk saya berblogging.

Rasa dah beberapa tahun saya tidak menyentuh blog yang bersarang hampir 3 tahun selepas sahaja graduate diploma .  Alhamdulillah kini saya melanjutkan pelajaran saya ke UKM selama 3 tahun.
Alhamdulillah. Allah beri peluang buat saya untuk belajar dan terus belajar. Kalau diikutkan selepas sahaja graduate diploma nak terus menceburi bidang pekerjaan. hanya sempat 6 bulan menceburi bidang pekerjaan sebagai guru KAFA, perancangan Allah itu hebat, dapat tawaran belajar ke UKM. Allah itu sebaik-baik perancang.

Kini,

Saya di tahun dua semester empat. Hampir setahun di Bumi UKM ini. Banyak ilmu dan pengalaman yang dapat dipelajari di sini.

Semester ini berpeluang belajar " ILMU PIDATO DAN DEBAT"
Nampak hebat subjek ini. Sejujurnya saya amat lemah di dalam bidang pengucapan awam.
InsyaAllah, dalam proses mempelajari. Ini memakan masa juga. Hehehe
Dan setiap pelajar diberi tugasan pidato.

Oleh itu, saya ingin berkongsi sedikit teks Pidato yang sampaikan di dalam kelas. Tajuknya hanya simple sahaja. Solat Istikharat. Ia amat sinonim di kalangan orang yang sedang mencari jodoh
Cewah ! Artikel tersebut sumber dari Majalah Al-Ustaz Isu No 08.




Sumber : Google

Fiqh Solat : Panduan Solat Sunat Istikharah oleh Ustaz Fuad Ismail
( Majalah al-Ustaz Isu 08)

بسم الله الرحمن الرحيم
إِنّ الْحَمْدَ لله، نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ، وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَسَيّئَاتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ، وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ، وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ.
 أَمَّا بَعْدُ
Kita dianjurkan untuk melakukan solat Istikharah sekiranya berdepan dengan beberapa pilihan dalam satu permasalahan. Bukan sahaja berkenaan dengan jodoh, masalah lain juga kita digalakkan untuk melakukannya. Hal ini berdasarkan kepada hadis daripada Jabir bin Abdillah : “Nabi s.a.w mengajar kami melakukan solat istikharah pada semua urusan.”            ( Riwayat al – Bukhari )

            Para ulama fuqaha’ keempat-empat mazhab bersepakat bahawa tanda istikharah itu diterima adalah dengan dilapangkan dada. Rasulullah s.a.w bersabda kepada Anas dengan maksudnya: “Wahai Anas, apabila kamu berazam ingin melakukan sesuatu perkara, maka lakukanlah solat istikharah kepada Tuhan kamu sebanyak tujuh kali. Kemudian, lihatlah apa yang mendahului ke dalam hati kamu (melapangkan dada). Sesungguhnya terdapat kebaikan padanya.” (Riwayat Ibn al-Sunni)
            Lapang dada menurut al-Adawi ibarat kecenderungan manusia atau kesukaannya kepada sesuatu tanpa dipengaruhi oleh hawa nafsu atau disertai dengan sesuatu tujuan.

            Namun al-Zamlakani daripada ulama Syafi’iyyah berpendapat: “Tidak diisyaratkan lapang dada. Apabila seseorang melakukan solat Istikharah kepada Tuhannya, maka lakukanlah apa yang terang baginya sama ada lapang dadanya ataupun tidak. Sesungguhnya terdapat kebaikan padanya. Hadis tersebut tidak menisyaratkan lapang dada.”

            Adapun tanda tidak istikharah diterima pula, seseorang akan dihalang daripada sesuatu berdalilkan hadis di atas. Hal ini dipersetujui oleh semua ulama. Tanda halangan itu ialah hati seseorang itu tidak akan mengingati lagi kepada perkara tersebut selepas berlaku halangan. Keadaan itu bertepatan dengan lafaz doa istikharah yang bermaksud :

Maka halangilah ia daripadaku dan halangilah aku daripadanya.”

            Sebagaimana kita tahu bahawa solat istkharah sinonim dengan solat dua rakaat dan doa yang dibacakan selepasnya. Ini merupakan paling afhdal. Namun ada  juga cara lain melakukan istikharah iaitu dengan berdoa sahaja terutamanya bagi perempuan yang uzur. Selain itu, kita juga boleh berdoa selepas apa-apa solat berserta niat istikharah.

            Solat sunat istikharat lebih afhdal dilakukan sebanyak dua rakaat. Hal ini disepakati oleh ulama keempat empat mazhab. Cuma mazhab Syafi’i pula mengharuskan kebih daripada dua rakaat. Ustaz Wahbah al-Zuhaili berpendapat sekiranya tidak nyata lagi baginya tentang perkara itu, seseorang itu boleh melakukannya sebanyak tujuh kali.

            Namun Nawawi al-Jawi mengehadkan hanya dua rakaat sahaja. Sekiranya belum nyata baginya hal tersebut pada kali pertama, doa hendaklah mengulanginya doa istikharah itu tanpa solat.
Antara cara-cara solat istukharah ialah pada rakaat pertama dibacakan surah al-Fatihah dan surah al-Kafirun dan pada rakaat kedua pula surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas.

Lafaz doa Istikharah. Doa ini merupakan doa ma’thur daripada Nabi sebagaimana yang terdapat dalam hadis daripada Jabir:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلَا أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلَا أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلَّامُ الْغُيُوبِ
اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الْأَمْرَ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيه
اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الْأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ رَضِّنِي بِهِ

            

Wednesday, October 30, 2013

Aku seorang PELAJAR

Assalamualaikum.

Alhamdulillah dengan izin-Nya saya dapat lagi bernafas di atas muka bumi ini. Alhamdulillah syukur ^__^

Alhamdulillah juga saya berkesempatan mengupdate blog yang telah lama saya tak update. hehe. Di sini saya ingin kongsikan bersama suka duka saya sebagai seorang PELAJAR.

Saya kini menuntut di UKM pada tahun ini, 2013. Alhamdulillah bermacam-macam pengalaman di sini. saya merupakan pelajar second intake . Minggu ketiga kami mula kuliah dan tutorial, di situ lah dugaan berlaku. dimana terpaksa mencari kelas2 tutorial pada waktu tertentu, memang sangat2 pening. hehe (mula-mulakan). Alhamdulillah dengan bantuan rakan2 dari first intake, senior2. memudahkan cara kami. Alhamdulillah, itulah pengalaman yang mengajar kami. pensyarah2 pun memahami dengan keadaan kami sehingga kan mereka membuka lg kelas2 tutorial untuk kami. ada jugak pensyarah yang buat kelas tutorial di waktu malam. besar sungguh pengorbanan mereka, 

Terima Kasih Ustaz & Ustazah !

Memang suasana sekarang berbeza dengan KIPSAS dahulu, tapi xde la banyak beza mane pun. Cuba untuk mempraktikkan apa yang dipelajari dahulu semasa kolej. Apa yang membeza kan adalah di sini kita semua bergaul dengan semua orang, that's means berkawan dengan berlainan fakulti pengajian. So interesting ! dari situ saya bertukar-tukar cerita, pendapat. Berkawan berlainan bangsa, agama. Macam2 lah.

Subjek semester ni sangat menarik. Seperti Maharat Qiraah, Sekular & Orientalisme dan Islam, Kajian Budaya Etnik dan lain-lain lagi. kesemuanya 21 jam kredit. 

Terkadang bila termenung, rasa tak percaya yang saya ni seorang PELAJAR. yang mencari ilmu ALLAH di bumi ini untuk bekalan saya di akhirat nanti. Moga ALLAH redhai dengan ilmu-Nya ini. Amin.

Rasanya sampai di sini sahaja yang ingin diceloteh bersama. Hehe

Assalamualaikum~



bersama dengan Ustazah Athiroh, Pensyarah Jbtn Dakwah

bersama rakan seperjuangan Wani & Zahrah

Sahabat KIPSAS. AIN

Kusyuk meneliti buku sejarah kaum INDIA



We are EX KIPSAS 09/12


roomate :D

calon PRK UKM, Bahijah


Tuesday, October 8, 2013

Kehidupan Aku sebagai Pelajar






Assalamualaikum.

Tanggal 18 September 2013, jadilah aku sebagai pelajar atau Mahasiswa UKM. Alhamdulillah dengan izin-Nya, Allah bagi peluang untuk aku menuntut ilmu-Nya selepas aku menghabiskan Diploma di KIPSAS pada tahun 2012.

Monday, June 24, 2013

Cameron Lagi !

Assalamualaikum. Salam Sejahtera semua,
Alhamdulillah dapat lagi menjejakkan kaki ke Cameron Highlands buat kali ke 3 Huhu
Sebelum ni join dengan kawan2 . Kali ni dengan family . Seronok ! !
Rase macam puas hati dan seronok sebab dapat bawak family ke sana. Bagi ayah buat pertama kali beliau ke Cameron. Mak pulak pernah pergi zaman muda2 dulu. Hehe
Seronok jugak bawak adik2 sekali. Jiran2 jugak turut mengikuti ke Cameron. Huhu
Release tension dapat gi sane. Tapi apekan daye Jem teruk di sana. Yelah hari Cuti umum

sesi tawar menawar. hehe

try buat YACOON

mak abah tengah membeli

stawberiiii

menyempat lagi tu

syadrina gan mama ye

hehehe

We Are .....