Wednesday, October 30, 2013

Aku seorang PELAJAR

Assalamualaikum.

Alhamdulillah dengan izin-Nya saya dapat lagi bernafas di atas muka bumi ini. Alhamdulillah syukur ^__^

Alhamdulillah juga saya berkesempatan mengupdate blog yang telah lama saya tak update. hehe. Di sini saya ingin kongsikan bersama suka duka saya sebagai seorang PELAJAR.

Saya kini menuntut di UKM pada tahun ini, 2013. Alhamdulillah bermacam-macam pengalaman di sini. saya merupakan pelajar second intake . Minggu ketiga kami mula kuliah dan tutorial, di situ lah dugaan berlaku. dimana terpaksa mencari kelas2 tutorial pada waktu tertentu, memang sangat2 pening. hehe (mula-mulakan). Alhamdulillah dengan bantuan rakan2 dari first intake, senior2. memudahkan cara kami. Alhamdulillah, itulah pengalaman yang mengajar kami. pensyarah2 pun memahami dengan keadaan kami sehingga kan mereka membuka lg kelas2 tutorial untuk kami. ada jugak pensyarah yang buat kelas tutorial di waktu malam. besar sungguh pengorbanan mereka, 

Terima Kasih Ustaz & Ustazah !

Memang suasana sekarang berbeza dengan KIPSAS dahulu, tapi xde la banyak beza mane pun. Cuba untuk mempraktikkan apa yang dipelajari dahulu semasa kolej. Apa yang membeza kan adalah di sini kita semua bergaul dengan semua orang, that's means berkawan dengan berlainan fakulti pengajian. So interesting ! dari situ saya bertukar-tukar cerita, pendapat. Berkawan berlainan bangsa, agama. Macam2 lah.

Subjek semester ni sangat menarik. Seperti Maharat Qiraah, Sekular & Orientalisme dan Islam, Kajian Budaya Etnik dan lain-lain lagi. kesemuanya 21 jam kredit. 

Terkadang bila termenung, rasa tak percaya yang saya ni seorang PELAJAR. yang mencari ilmu ALLAH di bumi ini untuk bekalan saya di akhirat nanti. Moga ALLAH redhai dengan ilmu-Nya ini. Amin.

Rasanya sampai di sini sahaja yang ingin diceloteh bersama. Hehe

Assalamualaikum~



bersama dengan Ustazah Athiroh, Pensyarah Jbtn Dakwah

bersama rakan seperjuangan Wani & Zahrah

Sahabat KIPSAS. AIN

Kusyuk meneliti buku sejarah kaum INDIA



We are EX KIPSAS 09/12


roomate :D

calon PRK UKM, Bahijah


No comments:

Post a Comment