Monday, April 20, 2020

Hidup Baru, Azam Baru

Assalamualaikum wrth wbt.

Alhamdulillah , syukur kehadrat Allah SWT dengan izin-Nya masih lagi bernafas di atas dunia ini yang penuh dengan cubaan, ujian dari-Nya untuk jadikan kita ni hamba yang setia pada-Nya.

Ehem

Rasanya dah bertahun tidak mengemaskini blog ini. Hanya mampu share gambar-gambar program yang disertai.

dan Alhamdulillah segala puji bagi Allah, secara tidak rasmi lagi saya bergelar graduan Ijazah Sarjana Muda, Fakulti Pengajian Islam UKM. 3 Tahun bertarung untuk IJAZAH dan 3 tahun untuk DIPLOMA.

Semasa berada di KIPSAS dahulu (kini KUIPSAS) pernah dicemuh sebab sambung diploma. Ada yang kata rugi umur & masa. Pinjam pulak PTPTN. Tapi tak give up pun. Teruskan perjuangan. Mostly, banyak belajar benda baru semasa di kolej ni dan berbekalkan pengalaman dari kolej, dan dibawa ke dunia Universiti yang sebenar.

Alhamdulillah , "bekalan" tersebut sangat berguna :)

Yeayyhh !!


semasa Lawatan ke Gereja Katolik Kuantan

Berada di Universiti, memang kene mental kuat. Bukan setakat fizikal, kene turun naik tangga yang agaknya dalam 200 anak tangga, mental pun kene kuat. Hidup ni kene berdikari dan be yourself.

Pernah juga baca confession junior junior KUIPSAS yang mengatakan di kolej sangat terbatas dan mereka rasa terkongkong. Pendapat diri ini mengatakan, "kongkongan" itu sangat berguna dan digunapakai masa di Universiti. Sangat bermanfaat.

Kak Atikah di dalam blognya atau di muka bukunya selalu share mengenai pengalaman beliau semasa di Kolej. Bila di comparekan beza UNI dengan KOLEJ, Kolej lah paling berharga. Confirm akan rasa rindu pada Kolej.

Serius !


Muke Freshie gitu :P




No comments:

Post a Comment