Monday, May 14, 2012

Program Tahsin & Motivasi Kampung Kuala Sat Ulu Tembeling Jerantut

Assalamualaikum kepada sahabat sahabiah semua.
Alhamdulillah dengan izin-Nya dapat lagi mencoret lagi di blog yang lama tidak dibuka. Alhamdulillah . segala puji pujian ke hadrat Illahi selesai jugak Latihan Industri di Pejabat Agama Islam Jerantut Pahang selama 3 bulan lebih iaitu 5 Disember 2011 hingga 23 Mac 2012. Banyak pengalaman dan ilmu yang dapat. Alhamdulillah Syukur sangat2.


| Pada kali ni saya ingin berkongsi pengalaman sepanjang Program Tahsin & Motivasi di Kg Kuala Sat Ulu Tembeling Jerantut yang terletak jauh di pendalaman , menyusuri Sungai Pahang. Subhanallah ! ! ! memang terbaik ! Canteeek ! Buat kali kedua saya  menaiki bot yang disewa khas oleh Pejabat Agama untuk ke Kuala Sat. Sebelum ni, buat kali pertama menaiki bot ketika program " Perjalanan 3 Solehah bersama krew TV Al-Hijrah. Berdebar2 dan takot sangat2. Dan pada masa itu juga saya mengalami demam selsema setelah selesai program tersebut. huuhu :D


| Program ini disertai oleh Kakitangan Pejabat Agama , Kakitangan dari Ibu Pejabat , saya dan Rozaini ( Kak Oja , Student Praktikal USIM ). Bertolak kire2 jam 8 pagi dari Jerantut ke Kuala Tahan yang mengambil masa 2 jam. Agak jauh jugak laa. Kebetulan wakil ibu Pejabat Pekan time tu pak cik saya sendiri Ustaz Fadhly. Alhamdulillah ade gak teman.. huhu. Kami sampai di Kuala Tahan pada pukul 10 Pagi. Alhamdulillah selamat sampai walaupun perjalanan membuatkan saya pening.


Tempat Penginapan Urusetia Program

| Semasa dalam perjalanan ke Kuala Sat salah satu bot kami mengalami masalah. terpakse U-turn balik ke Kuala Tahan untuk tukar bot lain. Target kami untuk sampai ke Kuala Sat sebelum Jumaat. Tapi apekan daye itu semua aturan Allah SWT kami sampai di  Kuala Sat pada jam 1.30 petang semasa penduduk solat Jumaat. Alhamdulillah kami selamat sampai di Kuala Sat yang mengambil masa 3 jam mudik ke Kg Kuala Sat.


| Pada sebelah petang diadakan Perlawanan Bola Sepak antara Kakitangan PAID dengan penduduk Kg Kuala Sat. Semua hebat2 belake. Pertandingan ini dimenangi oleh Penduduk Kg Kuala Sat.




Pada malamnye pula diadakan tazkirah dari Ustaz Zakaria dari Unit Penyelidikan PAID Jerantut. Semua yang mendengar ye kusyuk dan terhibur dengan tazkirah Ustaz Zakaria




| Keesokkan hari, diadakan Sesi Tahsin bersama Pegawai2 Masjid . Bilal, dan Siak seluruh Ulu Tembeling dan penduduk Kg Kuala Sat.. Ulu Tembeling merangkumi Kg Pagi, Kg Bantal, Kg Kuala Sat, Kg Gusai dan Kg Mat Daling. Ketika ini saya dan Kak Oja menjadi " Bidan Terjun" Fasilitator bagi Tahsin al-Quran. Ape2 pun itu pengalaman dan tunjuk ajar untuk saya jugak.


| Selain itu juga, berlangsung juga sesi Motivasi bersama student Sk Kuala Sat. Sungguh menyeronokkan. Sesi motivasi disampaikan oleh Ketua Penolong Qadhi ( KPQ ) Ustaz Taib Anajmi. Selesai sahaja sesi motivasi, diadakan juga sesi nyanyian bersama adik2. Memang best ! ! hehehe ^__^


| Selepas itu berlangsung juga Kursus Jenazah diketuai dan disampaikan oleh Ustaz Dahalan dari Unit Penguatkuasaan. Beliau berpengalaman dalam menyampaikan Kursus Jenazah.. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.


| Pengalaman yang dapat dikongsikan adalah makanan di Kg Kuala Sat. Perggghh !!! pedas ! hahaha. Makanan mereka disana tak kire la lauk ape kopem pedas. huhu . Dan tiap2 hari mereka sediakan gulai siput sedut. haahaha. Best ! tp apekan daye bukan favourite.. Selesai je aktiviti2 di masjid, saya dan kak oja berehat la sebentar . hehehe 




 Got Idea ! ! ! ! hahahaha


| kami diajak ke sungai . hehehe . Sungai Pahang memang tak pernah mandi la. hehehe. Alhamdulillah berkesempatan jugak. Kami ditemani oleh seorang budak namenye Puteri. hehehe. Sempoi la jugak.. Kire lame jugak kami berendam. Air sungai ye sangat deras. takot jugak hanyut. Melihat telatah kanak2 yang bermain di sungai sangat mengujakan.. kire berani la dorang bermain di tempat yang dalam. Kami yang first time ni memang tak berani la. Bukan kami je yang main sungai, ade la yang jugak main. Selepas itu , tibe2 ade makcik ajak kami naik perahu untuk ke seberang. Diseberang sane ade Pusat Santuari dimana mereka memelihara ikan2 lampam dan kelah.


 hehehe . berasa jugak mandi air sungai pahang .
( ade gak budak tu terselit)
 Selepas je selesai mandi, kami berehat di penempatan yang disediakan. Amat menyeronokan. Pada malamnya pula, diadakan forum " Indahnya Islam". Moderatornya Tuan Qadhi Ustaz Rasmawi, dan 2 orang panel iaitu Ustaz Fadhly ( Pakteh) dr Unit Dakwah JAIP dan Ustaz Zakaria dari KPP Pengurusan Masjid JAIP. dihadiri oleh seluruh penduduk kampung yang berdekatan. Memang seronok forum malam tu dengan perkongsian pengalaman, ilmu2 dan ade jugak kelakar2 nya. Satu keistimewaan kg Sat adalah pada malam tu mereka bermalam di atas pasir. Bukan kesemua la yang tidur atas pasir tu, mereka bagaikan tidur di tepi pantai. Hahahaha. tp memang cantik r siap ade khemah. huhuhu




|Pada paginya pulak diadakan Sukaneka Rakyat bersama penduduk Kg Kuala Sat. Saya menyertai pertandingan pencarian telur dalam pasir. Hahaha . Kalah jugak ! tapi kak Oja dapat la satu bola pingpong. Hehe. Macam2 lagi aktivitinya. Memang terbaik dari ladang walaupun keadaannya panas cam tepi pantai. Muka ni kire burn la jugak. selepas itu Majlis penyampaian hadiah disampaikan oleh Adun Tahan, Dato' Wan Amizan. Acara berakhir dalam pukul 1 petang. Tapi kami terpakse bertolak awal dari Kuala Sat pada pukul 12.30 Tghari.. Kepenatan jugak !


forum








permainan kejar itik pun ade.

makan tengahari masakan siput sedut.
 Selepas itu, kami singgah sebentar di kg Pagi, beli makanan sikit. Kire cam R & R. hahaha. Kg Pagi ni kire dah dekat dah gan Kuala Tahan. tp jauh lagi la. Ni kire kebulur lah jugak duduk dalam bot.


sempat lagi berPEACE hehe

banyak ye makanan
Alhamdulillah kami selamat sampai di Kuala Tahan kira2 Jam 4. huhu Memang penat.. Sementara itu saya menunggu ketibaan pakteh yang menaiki pajero melalui darat. Semnetare menunggu tu. sempat la kami bergambar sebagai kenangan. ~


mengangkat barang2


bersama krew2 yang belum balik. hehe

Alhamdulillah sampai umah pada jam 6. Alhamdulillah, banyak sangat pengalaman yang ditempuhi ~ Moga pengalaman ini menjadi ingat selama-lamanya ~




                                    ~ Wasalam ~

No comments:

Post a Comment