Kehidupan
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan
Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa
Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali
Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita ?kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan
asalamualaikum, cuma pendapat sy benar atau salah terpulang pada sesiapa, ujian adalah satu peperiksaan yang diberikan Allah kepada hambaNYA, lulus, gagal, atau cemerlang adalah ujian darinya... bagi yang gagal, dia kenalah jangan berputus asa namun berusaha ke arah yang lebih baik, bagi yang berjaya tiada gunanya kejayaan andai tiada rasa syukur, kerana apa? dengan kejayaan kadang kala kita terleka
ReplyDelete