Solat Istikharah . Untuk jodoh je ke ?
Assalamualaikum wbt wrth
Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi dengan limpah kurnia-Nya dapat juga meluangkan masa untuk saya berblogging.
Rasa dah beberapa tahun saya tidak menyentuh blog yang bersarang hampir 3 tahun selepas sahaja graduate diploma . Alhamdulillah kini saya melanjutkan pelajaran saya ke UKM selama 3 tahun.
Alhamdulillah. Allah beri peluang buat saya untuk belajar dan terus belajar. Kalau diikutkan selepas sahaja graduate diploma nak terus menceburi bidang pekerjaan. hanya sempat 6 bulan menceburi bidang pekerjaan sebagai guru KAFA, perancangan Allah itu hebat, dapat tawaran belajar ke UKM. Allah itu sebaik-baik perancang.
Kini,
Saya di tahun dua semester empat. Hampir setahun di Bumi UKM ini. Banyak ilmu dan pengalaman yang dapat dipelajari di sini.
Semester ini berpeluang belajar " ILMU PIDATO DAN DEBAT"
Nampak hebat subjek ini. Sejujurnya saya amat lemah di dalam bidang pengucapan awam.
InsyaAllah, dalam proses mempelajari. Ini memakan masa juga. Hehehe
Dan setiap pelajar diberi tugasan pidato.
Oleh itu, saya ingin berkongsi sedikit teks Pidato yang sampaikan di dalam kelas. Tajuknya hanya simple sahaja. Solat Istikharat. Ia amat sinonim di kalangan orang yang sedang mencari jodoh
Cewah ! Artikel tersebut sumber dari Majalah Al-Ustaz Isu No 08.

Sumber : Google |
Fiqh Solat : Panduan Solat Sunat Istikharah
oleh Ustaz Fuad Ismail
( Majalah al-Ustaz Isu 08)
بسم الله الرحمن الرحيم
إِنّ الْحَمْدَ لله، نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ،
وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَسَيّئَاتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِهِ
اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ، وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلىَ آلِهِ
وَصَحْبِهِ، وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ.
أَمَّا بَعْدُ
Kita dianjurkan untuk melakukan solat Istikharah
sekiranya berdepan dengan beberapa pilihan dalam satu permasalahan. Bukan
sahaja berkenaan dengan jodoh, masalah lain juga kita digalakkan untuk
melakukannya. Hal ini berdasarkan kepada hadis daripada Jabir bin Abdillah :
“Nabi s.a.w mengajar kami melakukan solat istikharah pada semua urusan.” ( Riwayat al – Bukhari )
Para
ulama fuqaha’ keempat-empat mazhab bersepakat bahawa tanda istikharah itu
diterima adalah dengan dilapangkan dada. Rasulullah s.a.w bersabda kepada Anas
dengan maksudnya: “Wahai Anas, apabila kamu berazam ingin melakukan sesuatu
perkara, maka lakukanlah solat istikharah kepada Tuhan kamu sebanyak tujuh
kali. Kemudian, lihatlah apa yang mendahului ke dalam hati kamu (melapangkan
dada). Sesungguhnya terdapat kebaikan padanya.” (Riwayat Ibn al-Sunni)
Lapang
dada menurut al-Adawi ibarat kecenderungan manusia atau kesukaannya kepada
sesuatu tanpa dipengaruhi oleh hawa nafsu atau disertai dengan sesuatu tujuan.
Namun al-Zamlakani
daripada ulama Syafi’iyyah berpendapat: “Tidak diisyaratkan lapang dada. Apabila
seseorang melakukan solat Istikharah kepada Tuhannya, maka lakukanlah apa yang
terang baginya sama ada lapang dadanya ataupun tidak. Sesungguhnya terdapat
kebaikan padanya. Hadis tersebut tidak menisyaratkan lapang dada.”
Adapun
tanda tidak istikharah diterima pula, seseorang akan dihalang daripada sesuatu
berdalilkan hadis di atas. Hal ini dipersetujui oleh semua ulama. Tanda halangan
itu ialah hati seseorang itu tidak akan mengingati lagi kepada perkara tersebut
selepas berlaku halangan. Keadaan itu bertepatan dengan lafaz doa istikharah
yang bermaksud :
“ Maka halangilah ia daripadaku dan halangilah aku
daripadanya.”
Sebagaimana
kita tahu bahawa solat istkharah sinonim dengan solat dua rakaat dan doa yang
dibacakan selepasnya. Ini merupakan paling afhdal. Namun ada juga cara lain melakukan istikharah iaitu
dengan berdoa sahaja terutamanya bagi perempuan yang uzur. Selain itu, kita
juga boleh berdoa selepas apa-apa solat berserta niat istikharah.
Solat
sunat istikharat lebih afhdal dilakukan sebanyak dua rakaat. Hal ini disepakati
oleh ulama keempat empat mazhab. Cuma mazhab Syafi’i pula mengharuskan kebih
daripada dua rakaat. Ustaz Wahbah al-Zuhaili berpendapat sekiranya tidak nyata
lagi baginya tentang perkara itu, seseorang itu boleh melakukannya sebanyak
tujuh kali.
Namun Nawawi
al-Jawi mengehadkan hanya dua rakaat sahaja. Sekiranya belum nyata baginya hal
tersebut pada kali pertama, doa hendaklah mengulanginya doa istikharah itu
tanpa solat.
Antara cara-cara solat istukharah ialah pada rakaat
pertama dibacakan surah al-Fatihah dan surah al-Kafirun dan pada rakaat kedua
pula surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas.
Lafaz doa Istikharah. Doa ini merupakan doa ma’thur daripada
Nabi sebagaimana yang terdapat dalam hadis daripada Jabir:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ
مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلَا أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلَا أَعْلَمُ
وَأَنْتَ عَلَّامُ الْغُيُوبِ
اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الْأَمْرَ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي
وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي
فِيه
اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الْأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي
وَعَاقِبَةِ أَمْرِي فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ
حَيْثُ كَانَ ثُمَّ رَضِّنِي بِهِ
Comments
Post a Comment