Posts

Showing posts from January, 2015

Solat Istikharah . Untuk jodoh je ke ?

Image
Assalamualaikum wbt wrth Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi dengan limpah kurnia-Nya dapat juga meluangkan masa untuk saya berblogging. Rasa dah beberapa tahun saya tidak menyentuh blog yang bersarang hampir 3 tahun selepas sahaja graduate diploma .  Alhamdulillah kini saya melanjutkan pelajaran saya ke UKM selama 3 tahun. Alhamdulillah. Allah beri peluang buat saya untuk belajar dan terus belajar. Kalau diikutkan selepas sahaja graduate diploma nak terus menceburi bidang pekerjaan. hanya sempat 6 bulan menceburi bidang pekerjaan sebagai guru KAFA, perancangan Allah itu hebat, dapat tawaran belajar ke UKM. Allah itu sebaik-baik perancang. Kini, Saya di tahun dua semester empat. Hampir setahun di Bumi UKM ini. Banyak ilmu dan pengalaman yang dapat dipelajari di sini. Semester ini berpeluang belajar " ILMU PIDATO DAN DEBAT" Nampak hebat subjek ini. Sejujurnya saya amat lemah di dalam bidang pengucapan awam. InsyaAllah, dalam proses mempelajari. Ini memakan ma...