SekUlar.....!!!!

Assalamualaikum wrth... Alhamdulillah dengan izin Allah dapat lagi saya mengupdate blog yang kedua ni..
Pada hari ni saya mempelajari tentang Ideologi umat manusia sekarang...
Iaitu tentang Ideologi Sekularisme yang menular di kalangan umat Islam di Malaysia ini..
Bukan sahaja Malaysia, malah seluruh dunia..Ini adalah kesan dari penjajahan barat yang menjajah negara kita dahulu. Sekularisme bermaksud dari perkataan " Sekular" yang bermaksud membincangkan tentang hal2 yg bersifat keduniaan semata-mata, tidak memikirkan akhirat...
Fahaman ini mengenepikan keimanan dan keagamaan semata-mata...
Sejarahnya berlaku apabila pihak Paderi berkuasa pada masa tersebut. Masyarakat pada masa tersebut dikuasai oleh golongan paderi yang zalim. mereka bertindak menghukum sesiapa yang menetang teori mereka...
Berikut pada tahun 1841-1801 seramai 32 000 orang terbunuh pleh golongan gereja kerana mereka menentang pendapat golongan gereja...
Golongan gereja sangat sensitif apabila pendapat mereka ditentang. Antara teori2 yang bertentangan dengan pihak gereja ialah teori Bintang beredar pada orbitnya. Selain itu, Compland menyatakan terdapat Planet lain selain dari Planet Bumi. Akhirnya mereka dihukum bunuh oleh golongan Gereja kerana kajian mereka bercanggah dengan ajaran Ortodoks Bible.
Akibatnya berlaku pernentangan terhadap gereja dan reformasi Agama yang dipimpin oleh Martin Luther (1488-1546)

Martin Luther

Selain itu, perkembangan sains dan teknologi yang sangat berkembang pada masa tersebut. penemuan2 tersebut telah menghilangkan keyakinan masyarakat terhadap kepercayaan agama, perkara2 ghaib, mistik dan metafizik. Masyarakat mula lalai dengan kenikmatan dunia tanpa memikirkan keimanan dan agama yang mereka anuti. Pada tahun 1789 M telah tercetus Revolusi Perancis iaitu mereka merampas harta benda Paderi, penentangan terhadap sekolah2 Gereja dan akhirnya dikuasai oleh Napoleon Bonaparle seorang anak petani yang memulakan kempen merampas kuasa Paderi.Akhirnya kuasa paderi pada masa itu mula jatuh disebabkan Revolusi tersebut.
Napoleon Bonaparle

Selain itu juga, pemikiran sekular ini tersebar apabila perkembangan aliran pemikiran falsafah secara bebas. pada waktu tersebut ahli falsafah berfikiran bahawa mereka melihar agama ini sebagai penghalang mereka untuk berfikiran secara bebas. Dan akhirnya timbullah pemikiran pelbagai unsur agar berfikir secara bebas dapat mencipta kemajuan. Tokoh2 Ahli falsafah yang menyokong adalah  Loke, Leibniz,Hegal,Marx,Homes dan Rosseau.

Hagel

Leibniz

Karl Marx

Rossaeu
Penentangan antara ahli sains dan paderi tidak melibatkan agama Islam. Fahaman sekular ini dipengaruhi oleh kesan dari penjajahan Barat. Pada awal 20 -an, ketika kejatuhan Turki Uthmaniyyah Istanbul, Turki pada 1923 M, pejajahan Barat telah mula masuk ke Negara2 Islam

Ciri2nya adalah menolak agama dan mengingkari wujudnya Allah. golongan fahaman ini sanagat fanatik dengan keduniaan. Selain itu, kehidupan adalah sains dan logik semata-mata. mereka membuat sekatan anatara ilmu rohani dan ilmu material. mereka juga memisahkan agama dengan urusan kehidupan. pemerintahan dan politik. Selain itu, mengahalang perlaksanaan hukum Islam. Dan macam2 lagi rancangan mereka untuk menjatuhkan Islam dan menakutkan masyarakat untuk mendekati Islam. Kesannya ialah melemahkan iman dan keyakinan terhadap kekuasaan Allah. Mereka juga meragui terhadap para rasul, Malaikat, hari kiamat, Al-Quran , Qadha' Dan Qhadar Allah.. 
Selain itu juga, perubahan watak seseorang individu. Sebagai contoh remaja zaman sekarang yang suka berfesyen, berpakaian Ala2 barat... dengan itu berlakulah gejala keruntuhan akhlak yang sekarang menular di kalangan remaja2 Islam. bagi pendidikan pula, yang lebih mementingkan soal keduniaan tanpa mementingkan soal pembangunan jiwa dan rohani. kanak2 sepatutnya diasuh dengan pendidikan rohani dan jiwa. 
Wahai rakan2 sekalian..marilah sama2 kita membasmi sekularisme sebelum ia menular di kalangan adik2 kite kat luar sana.. Sma2 kita bangunkan Islam yang tercinta ini...
Inilah yang saya pelajari... semoga kita bersama2 renungkan...
Ustazah safiah ade memberi kata2 semangat kepada kami agar satu hari nanti, mengantikan tempat Ustazah dan menceritakan cerita yg sama yg ustazah ceritakan..
Sma2 kita sedarkan masyarakat yg sedang hanyut di bawa arus keduniaan iaitu SEKULARISME....
Wallahualam....

Comments

Popular posts from this blog

~Amali Dakwah~ Adat Kematian Orang Cina.

Kisah Kucing-Kucing saya :)

Orientalisme...Cerdik Rupenye...Tp..