Program Tahsin & Motivasi Kampung Kuala Sat Ulu Tembeling Jerantut
Assalamualaikum kepada sahabat sahabiah semua. Alhamdulillah dengan izin-Nya dapat lagi mencoret lagi di blog yang lama tidak dibuka. Alhamdulillah . segala puji pujian ke hadrat Illahi selesai jugak Latihan Industri di Pejabat Agama Islam Jerantut Pahang selama 3 bulan lebih iaitu 5 Disember 2011 hingga 23 Mac 2012. Banyak pengalaman dan ilmu yang dapat. Alhamdulillah Syukur sangat2. | Pada kali ni saya ingin berkongsi pengalaman sepanjang Program Tahsin & Motivasi di Kg Kuala Sat Ulu Tembeling Jerantut yang terletak jauh di pendalaman , menyusuri Sungai Pahang. Subhanallah ! ! ! memang terbaik ! Canteeek ! Buat kali kedua saya menaiki bot yang disewa khas oleh Pejabat Agama untuk ke Kuala Sat. Sebelum ni, buat kali pertama menaiki bot ketika program " Perjalanan 3 Solehah bersama krew TV Al-Hijrah. Berdebar2 dan takot sangat2. Dan pada masa itu juga saya mengalami demam selsema setelah selesai program tersebut. huuhu :D | Program ini disertai oleh Kakitangan Pejabat ...