Posts

Showing posts from May, 2011

Statistik umat islam di Malaysia

Assalamualaikum, saya paparkan statistik berkenaan umat islam di Malaysia utk renungan kita bersama: 1. 50% sahaja umat islam di Malaysia memiliki Al-quran di rumah dan hanya 5% membacanya dan 1% lagi membaca tafsirannya 2. 80% umat islam memliki ASTRO decoder dan hanya 5% menonton ASTRO OASIS 3. 70% umat islam tertarik dengan perkara yg membawa kepada "Karnival" atau unsur yg membawa kepada hiburan 4. 50% menyokong program seperti Akedemi Fantasia, Tomtombak, Mentor dan rancangan yg seumpamanya 5. Hanya 10% umat islam dari satu taman perumahan yg membantu masjid atau surau di sebuah kawasan 6. Hanya 20% yg menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama 7. 80% remaja hari ini tidak reti atau tidak pandai mengaji 8. 90% remaja atau kaum wanita suka berseluar panjang dan memakai T-Shirt 9. 80% pasangan baru yang belum berkahwin akan menonton wayang setiap bulan di panggung wayang 10. 95% umat islam tidak pernah mencari atau pergi ke kelas mengaji untuk mendalami ilmu agama islam...

Sa'ad dikahwinkan dengan bidadari dari syurga

ABBAS berkata: "Suatu hari, datang Sa'ad bin Assulami kepada Rasulullah dan berkata: "Ya Rasulullah, apakah akan terhalang seseorang itu masuk syurga disebabkan mukanya yang hitam dan hodoh?" Lalu Rasulullah bersabda: "Tidak, demi Allah yang jiwa aku di tangannya selama kamu yakin kepada Tuhan kamu dan ajaran Rasul-Nya." Maka Sa'ad berkata: "Ya Rasulullah, demi Allah yang memuliakan kamu dengan kenabian. Saya mengucapkan kalimah syahadat kira-kira lapan bulan lalu dan saya datang ke sini untuk meminang orang yang ada di sini, tetapi semua mereka menolak kerana mengatakan saya ini hitam dan hodoh". Sa'ad berkata lagi: "Ya Rasulullah, sebenarnya saya adalah daripada keturunan yang baik iaitu suku Bani Sulaim, hodohnya saya adalah daripada keturunan ibu saya." Kemudian Rasulullah bertanya kepada yang hadir: "Adakah Amru bin Wahab yang baru masuk Islam daripada suku Tsaqief berada di sini?" Maka yang had...

Couple Islamic (Article)

Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah. beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka ...

Nasihat Saidina Umar Al Khatab ra..Rezeki Perlu Di Cari. ..

Pada suatu hari Umar Al Khatab berjalan jalan di pinggir kota Madinah, beliau melihat ramai lelaki sedang bekerja dengan rajin dan bersungguh sungguh. Dia mengenali seorang lelaki yang sedang duduk di tepi dinding sambil mengangkat kedua belah tangannya ke langit  sambil berdoa: “Ya ALLAH berilah aku rezeki.” Umar berkata:”Hai,lelaki, dari mana ALLAH SWT akan memberikan kamu rezeki sedangkan kamu tidak mencari rezeki dari-NYA?” Lelaki itu berkata:”Wahai Umar, bukankah ALLAH SWT telah berfirman dalam kitab Al Quran, “Dan Tidaklah Binatang Merayap Itu Di Muka bumi Kecuali Atas ALLAH SWT Rezekinya.” Umar tertawa sambil berkata:”Maha Benar ALLAH Yang Maha Agong, tidakkah kamu perhatikan, binatang tidak duduk diam. Binatang mengembara di atas muka bumi ALLAH SWT ini, mencari air dan makanan sehingga menjumpainya, seandainya binatang itu berdiam diri mereka juga tidak akan memperolehi rezeki.” Lelaki itu berkata:” Dan di langit itu rezeki ku.” Umar berkata:”Sesungguh...

:: Sahabat :: Program Ekspedisi Dakwah ke Sabah 2011

Image
Depan Queen Hotel Keningau Ni cik S0bri.. org penting..hahaha Pengarah Program Onel Group memasak Sebelum berangkat ke Semenanjung di KKIA Makan ABC Kereta Antik Sultan Pahang SYa'ban Lukman dan Soleh Azman dan Yan Nazir dan Ikhwan Aishah dan Saya la.. di KLIA

Aslim Taslam

Aslim Taslam