Kelebihan Solat Sunat Dhuha
Solat dhuha amat digalakkan bagi umat Islam mengerjakannya. Waktunya sekira-kira setengah jam selepas terbitnya matahari, dan akhir waktunya ialah lebih kurang setengah jam sebelum waktu zohor. Imam Muslim meriwayatkan Rasulullah S.A.W bersabda “Adalah (diperlukan) pada tiap-tiap sendi daripada kamu itu sedekah (ada riwayat menyebut bahawa bilangannya adalah 360). Maka tiap-tiap tasbih adalah sedekah, dan tiap-tiap takbir adalah sedekah, dan menyuruh pada kebaikan adalah sedekah, dan mencegah kepada kemungkaran adalah sedekah, dan mencukupi semua ini dengan melakukan dua rakaat Solat Dhuha! Difahamkan drpd hadis ini bahawa Rasulullah menggalakkan kpd umatnya utk bersedekah tiap-tiap hari sebanyak 360 sedekah, sbg tanda kesyukuran kita kpd Allah krn nikmat sendi-sendi ini yg sebanyak 360 sendi. Daripada hadis lain menerangkan bahaea sesiapa yang ke masjid untuk menunaikan Solat Dhuha, maka pahalanya seperti pahala Satu Umrah! Hadis diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hambal, A...